Thursday, May 9, 2013

Jangan dipersoalkan kenapa jodoh itu datang lambat.sebab..???



a. Jodoh itu rahsia Allah. Sejauh dan sedalam manapun anda fikirkan, ia tetap menjadi satu misteri yang tidak mudah diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas.

b. Namun itu tidak bermakna anda hanya perlu mendiamkan diri menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas ikhtiar dan kudrat yang telah Allah kurniakan memandu anda dalam menemui cinta sejati. Berusahalah di samping bertawakal kepada Allah kerana sesungguhnya anda sebagai makhluk hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan pengakhirannya. 


c. Bukan Allah tidak tahu kesungguhan anda bangun di tengah malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah tidak tahu betapa perit dan derita yang anda tanggung. Bukan Allah tidak tahu betapa bersungguhnya anda berusaha mencari yang terbaik. 

d. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakinilah bahawa Allah tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah telah menguji anda dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi. 

e. Hanya Allah yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah. Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi. 


f. Tidak mengapa jika sudah banyak kali anda merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Namun, jangan sesekali berputus harap. Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar.