Sunday, July 21, 2013

10 CARA PUJUK PASANGAN YANG KUAT MERAJUK


BINCANG - cuba ambil tahu masalah dan menyakitkan hati si dia hingga merajuk hati. Biasanya pasangan tidak merajuk kalau tidak disakiti.

TEMPOH BERTENANG - berilah dia dan kamu tempoh bertenang. Bila kedua- duanya sudah kembali normal, bincang dengan baik.

ADIL - bila kekasih merajuk pasti hatinya tercalar. Berlaku adil padanya dengan memberi dia peluang meluahkan apa yang terpendam di dada agar hubungan kembali pulih.

HADIAH - walaupun hanya bunga atau coklat untuk memujuk, tak salah memberi tanda kita mengaku bersalah dan tanda berusaha memujuk.

MENGALAH - kadang-kala bila bertengkar si diamerajuk. tak salah kita mengalah mengaku kesilapan yang kita salah walaupun jauh dalam hati kita merasa dia yang bersalah.

TELEFON - bila pasangan merajuk, telefon dan hubungilah dia agar dia tahu dirinya dihargai. Ramai terutamanya lelaki bila pasangan merajuk mereka berdiam diri. kononnya mahu si dia bertenang.

AJAK MAKAN - kadang-kadang orang lapar ini mudah naik angin. apa kata anda ajak dia makan dulu. Mungkin lepas makan mereka akan mudah dipujuk.

PELUK ERAT - bila suami atau isteri merajuk, peluk mereka erat-erat. Cara ini dapat menyakinkan bahawa dialah satunya insan kesayangan hati, tiada yang lain. tapi yang tak nikah lagi, jangan peluk-peluk.

YAKINKAN - perlakuan dan tindakan yang tidak menyakinkan kadang-kala membuatkan si dia merajuk hati. dalam setiap tindakan , lakukan dengan yakin dan barulah dia pun yakin dirnya disayangi.

TULIS SURAT - usahakan menulis surat , mesej atau menghantar email kepadanya memujuk dan meminta maaf jika bersalah. mungkin dia tidak mahu bertemu atau berkomunikasi dengan telefon, jadinya cara ini adalah terbaik bagi meleraikan kekusutan yang terjadi.