Monday, November 4, 2013

Pahang Juara Piala Malaysia 2013


 

seronok x terhingga malam tadi bila pahang menjuarai piala malaysia....tak hairan la kalau pahang menang sebab dorang main best giler...satu corak permainan yangkemas yang dipamerkan....walaupon kelantan kalah tapi dorang pon main ok jugak cume banyak cubaan yang tersasar sikit.....x per la...bagilah pahang menang pulak....asyik kelantan jer kan.....

 Pahang Juara Piala Malaysia 2013
 

Pahang menjulang piala malaysia buat kali pertama pada tahun 1992...dan kali nie setelah 21 tahun penantian untuk menjulang piala malaysia....alhamdulillah rezeki berpihak pada pasukan tok gajah
 
Pahang Juara Piala Malaysia 1992


 

 Barisan Pemain Pahang 2013
 
  
  Barisan Pemain Pahang 1992

 
 penjaring gol buat pasukan pahang

Matias Conti

 
 pemain terbaik

Mohammad Azamuddin bin Mohammad Akil ( ALEX)
PENJAGA GOL TERBAIK PAHANG

MOHD KHAIRUL AZHAN MOHD KHALID




 BERIKUT LAPORAN SEPANJANG PEMAINAN PIALA MALAYSIA 2013

FT: Kelantan 0-1 Pahang
(Matias Conti 59')

 
Separuh masa pertama:

01' - Perlawanan bermula.
14' - Pahang menerima sepakan percuma di luar kotak penalti. Sepakan leret Hafiz Kamal gagal melepasi benteng pertahanan.
19' - Sepakan percuma Indra Putra yang padu cukup merbahaya.
25' - Damion Stewart menerima kad kuning kerana mengasari Dickson Nwakaeme di luar kotak penalti. Kelantan dihadiahkan sepakan percuma yang dilakukan oleh Badhri Radzi tetapi terkena benteng pertahanan.
27' - R. Surendran hampir menjaringkan gol tetapi palang gol menafikannya.
35' - Penjaga gol Pahang menyelamatkan cubaan Nor Farhan.
45' - Penjaga gol Pahang mengalami kecederaan. Masa tambahan 2 minit.
45+3' - Tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua:

46' - Separuh masa kedua bermula. Fauzi Roslan menggantikan R. Surendran.
47' - Para pemain Pahang gagal memanfaatkan peluang kucar kacir di kotak penalti.
50' - Zairo diberikan amaran setelah mengasari Hafiz Kamal.
59' - Gol hasil tandukan cantik Matias Conti hasil hantaran Azamuddin Akil.
60' - Fakri Saarani menggantikan Zairo Anuar.
63' - Shahrizan Salleh dilayangkan kad kuning.
67' - Half-volley Fakri Saarani tersasar jauh.
70' - Damion Stewart mengalami kecederaan.
74' - Jalaluddin Jaafar menerima kad kuning.
83' - Saifulnizam Miswan menggantikan Jalaluddin Jaafar, Faiz Subri menggantikan Badhri Radzi.
85' - Tandukan Fakri Saarani diselamatkan penjaga gol Pahang.
86' - Dickson Nwakaeme dilayangkan kad kuning.
90' - Faizol Hussain menggantikan R. Gopinathan. 3 minit masa kecederaan.
90+2' - Penjaga gol Pahang menepis keluar cubaan Nor Farhan.
90+5' - Tamat perlawanan. Pahang Juara Piala Malaysia. Tahniah!
 
 
'HOGOH PAHANG HOGOH'

 Photo: Tifo 4.0 "MISI92"
#SelamanyaPahangDarulMakmur

Photo: Bangkitlah,kita raih juara,kita raih juara,Piala Malaysia!!! :)

GAMBAR SEKITAR DI STADIUM SHAH ALAM