Thursday, February 13, 2014

Jerawat???Katakan TIDAK




1. Jangan Memicit Jerawat.

Memicit atau mencucuk jerawat hanya akan menyebabkan jerawat bertambah serious selain meninggalkan bekas hitam pada tempat yang berjerawat. Jauhkan tangan anda dari memicit jerawat adalah cara terbaik.

2. Banyakkan Makan Buah Dan Sayur.

Amalkan pengambilan buah dan sayur segar kerana ia dapat membuang racun serta memlancarkan perjalanan darah. Mengambil salah satu buah-buahan setiap hari akan membantu menjauhkan kulit anda dari jerawat.

3. Hindari Terdedah Pada Sinar Matahari.

Bagi anda yang lebih banyak berada di luar, hindari mendedahkan diri terus pada sinaran matahari. Sinaran ultra ungu boleh menyebabkan kulit wajah menjadi merah dan membuatnya kering.

4. Gunakan Kosmetik Sesuai.

Pilihan kosmetik seperti pembayang mata, pemerah pipi, pelembap dan sebagainya yang sesuai untuk kulit berjerawat. Lebih penting lagi, produk tersebut mengandungi bahan bebas minyak.

5. Kunjungi Spa

Pilih spa yang menyediakan rawatan membantu masalah jerawat atau anda juga boleh melakukan sendiri di rumah dengan membeli produk tersebut di spa.

6. Hati-hati Ketika Bercukur.

Untuk kaum lelaki yang mengalami masalah jerawat berhati-hati ketika bercukur. Tidak perlu pisau tajam untuk mencukur kumis atau janggut. Mencukur dengan sabun dan air atau krim akan membuatkan hasil cukuran lebih halus